Pengenalan Rapidpass TnG

Apakah itu kad Touch N Go ?


Is a prepaid smartcard that uses Mifare contactless technology.  Mifare is the international de facto standard for contactless smartcard. Information contain in this card can be read and written via magnetic induction using specified radio frequency and smartcard software.

Touch ‘n Go card can be use as a mode of payment for highways, public transports, selected parking and theme parks. Each time a user uses the Touch ‘n Go card, the electronic card reader will deduct the exact fare from the value stored inside the card.  User can top-up or reload the card with a pre-defined amount to continue using it.
 
*Untuk FAQ klik sini

(sumber www.touchngo.com.my)   

Kad Touch n Go adalah sejenis kad pintar elektronik yang menggunakan teknologi Mifare contactless. Maklumat didalam kad ini boleh dibaca dan diprogram menggunakan chip pintar yang mengandungi perisian tertentu yang dibangunkan untuk kemudahan pengguna. Kad ini boleh digunakan untuk membayar tol lebuhraya, pengangkutan awam, parkir dan di taman tema.

Asalkan terdapat kemudahan mesin touch n go. Setiap kali pengguna mengimbas kad mereka di mesin touch n go, nilai akan ditolak daripada kad tersebut. Nilai yang terdapat di dalam kad adalah jumlah wang yang boleh ditambah nilai oleh pengguna sendiri di mana-mana sahaja yang terdapat kemudahan menambah nilai di dalam kad tersebut.

Penambahan nilai boleh dilakukan dari RM20, RM35, RM50, RM100, RM200 and RM500.

Apakah itu Rapidpass TnG ?

Rapidpass TnG adalah sejenis produk yang dikeluarkan oleh pihak RapidKL. Rapidpass TnG adalah kad yang boleh digunakan tanpa had selama 30 hari untuk semua perkhidmatan bas dan LRT RapidKL termasuk Monorel. Rapidpass TnG menggunakan sistem Touch n Go, bermakna ia adalah sejenis kad Touch N Go yang mempunyai program Rapidpass TnG didalam kad tersebut.

Rapidpass boleh didapati dalam beberapa jenis mengikut kategori. Terdiri daripada RP Integrasi RM150, RP Lrt RM100, RP RM100 Bas, RP RM50 Konsesi, RP RM40 Bas Tempatan, RP Pelajar. Ia boleh didapati di semua stesen lrt aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang.

Apakah itu fungsi EZ ?

EZ adalah satu fungsi kemudahan memperbaharui kad. Dengan kemudahan EZ, kad anda akan diperbaharui secara otomatik setiap bulan, tanpa perlu ke kaunter-kaunter di stesen LRT. Anda hanya perlu memastikan nilai tambahnilai di dalam kad tersebut mencukupi untuk memperbaharui kad Rapidpass TnG anda.  

(sumber www.rapidkl.com.my)  *TnG = Touch n Go, RP = Rapidpass
Dikuasakan oleh Blogger.