Rapidpass Integrasi RM150

Rapidpass Integrasi RM150 :- (Semua Bas termasuk Ekspress + LRT + KL Monorel)




Untuk penggunaan tanpa had dalam masa 30 hari, Rapidpass TnG Integrasi ini berharga RM150. Ia sah untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar, Utama dan Ekspress. Selain itu, ia juga sah untuk kegunaan di lrt aliran Kelana Jaya, aliran Ampang dan juga KL Monorel.

~Laluan bas Tempatan yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF T. Contohnya T624 (Lrt Kelana Jaya - Stadium MBPJ)

~Laluan bas Bandar yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF B. Contohnya B114 (Titiwangsa - KLCC - Maluri)

~Laluan bas Utama yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF U. Contohnya U4 (Bangkok Bank - Desa Aman Puri)

~Laluan bas Ekspress yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF E. Contohnya E1 (Pasar Seni - Putrajaya Sentral).

~Untuk laluan bas RapidBet 1,2,3 dan Rapidbet 4, Rapidpass Integrasi RM150 boleh digunakan di dalam bas ini. RapidBet juga dikenali sebagai bas Ekspress kerana caj tambang adalah sama untuk perjalanan sehala RM3.80.

~Untuk perkhidmatan LRT, ia sah untuk aliran Kelana Jaya iaitu dari Stesen Lrt Kelana Jaya sehingga Stesen Lrt Gombak (Terminal Putra). Untuk aliran Ampang, iaitu dari Stesen Lrt Sentul Timur sehingga Stesen Lrt Ampang dan juga ke arah Stesen Lrt Sri Petaling.

~Untuk perkhidmatan KL Monorel, ia sah untuk perjalanan dari Stesen KL Sentral sehingga Stesen Titiwangsa.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

that mean 1month unlimited to use?if 1month use more then 150ringgit,is ok?after 1month top up again?

MRMS berkata...

1 month for unlimited use..just for the activation of 30 days only. if you start on 1st March, the expired date will be 30th March.

Tanpa Nama berkata...

kat mana boleh beli kad ni?

MRMS berkata...

Kad TNG boleh beli di Hub TNG dan tempat-tempat yang ada menyediakan kemudahan jual/beli kad TNG. Stesen LRT tidak lagi menjual kad TNG.

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya . Kat mana ye Hub TNG?

Almansah Din berkata...

dari rumah ke tempat kerja saya akan menaiki bas ke lrt bangsar(kelana jaya) dan kemudian tukar train ke lrt pandan jaya (ampang ) di masjid jamek..adakah perjalanan pergi balik saya akan dicharge untuk 1 hari? sbb saya naik 1 bas dan 2 train..harap bagi jawapan

MRMS berkata...

Salam all,

Dalam bangunan KL Sentral ada hub TNG. (berdekatan dengan kaunter Maybank).

MRMS berkata...

animsukebaddrol : Ya, dikira 1 hari perjalanan. Dalam erti kata lain, berapa kali guna pun masih kira 1 hari (janji di dalam hari yg sama)

Tanpa Nama berkata...

sekiranya saya sudah memiliki kad touch n go di manakah saya boleh mengaktifkan kad tersebut kepada rapidpass RM150? Selain itu boleh tak jelaskan kenapa perlu sekurang-kurangnya RM3 di dalam card untuk menaiki bas. Adakah ia terpakai juga untuk pengguna kad rapidpass?

akukanabang berkata...

Kalau untuk kad lrt ngan bas je ada tak? tak nak yang ada monorel sekali....
tq.

akukanabang berkata...

Kalau untuk kad lrt ngan bas je ada tak? tak nak yang ada monorel sekali....
tq.

Tanpa Nama berkata...

setelah expired boleh top up in atm mesin atau petrol station tak?

Art berkata...

thats mean tiap2 bulan hanya reload rm150 shj kan?

Unknown berkata...

Saya pakai rapidpass utk LRT yg 100 ringgit sebulan. Macammana nk upgrade ke 150 punya.

Unknown berkata...

Where I can get this?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.