Fungsi EZ :-
EZ ialah kemudahan tambahnilai otomatik, tanpa perlu ke stesen atau kaunter tambah nilai. Walau bagaimanapun, kemudahan EZ hanya relevan kepada mereka yang memilih untuk menggunakan Rapidpass secara berterusan selama 30 hari.
Pengguna hanya perlu menambahnilai mengikut kategori Rapidpass, dan sistem akan memperbaharui kemudahan Rapidpass Flexi. Pengguna hanya perlu memastikan jumlah pra-bayar di dalam kad tersebut mencukupi untuk mengaktifkan kemudahan EZ.
Fungsi EZ hanya boleh diaktifkan dengan pembelian Rapidpass 30 hari sahaja. Pengguna boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi EZ di mana-mana stesen LRT.
(sumber www.rapidkl.com.my)
(sumber www.rapidkl.com.my)
11 ulasan:
ez tu ape?
hi..EZ adalah satu fungsi dimana kad touch n go anda akan di set dengan satu kod untuk membolehkan penambahan nilai secara automatik pada masa bila-bila masa. Selalunya area laluan bas yang jauh daripada stesen LRT,EZ amat sesuai digunakan.
hi..saya ingin bertanya...saya telah pun mendapatkan rapidpass pelajar dan mengaktifkan EZ function...saya nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan "monthly renewals can be done automatically in the last week of the 30-day period, as long as the reload value in the card is sufficient." adakah amaun didalam rapidpass perlu melebihi RM50 dan bagaimanakah function yang dimaksudkan dengan "AUTOMATICALLY" itu?
hai..
contoh : anda guna Rapidpass Pelajar (RM50)bas. Aktif pd : 25/01/2011 dan tmat pd : 23/02/2011 (kiraan 30 hari).
1. sekiranya nilai m'cukupi didlm kad, automatik akn diaktifkan tempoh sah baru pada 24/02/2011 sekiranya kad ada disentuh di dalam bas.
2. sekiranya nilai tidak m'cukupi dan jika kad sentuh dlm bas, nilai tidak akn diaktifkan wlpn pada hari apapun slps tarikh tamat sah.
saya mendapat tahu untuk penambahan nilai rapid pass lrt perlu dibuat 7hari sebelum tarikh luput..sekiranya saya menabah nilai semasa atau selepas tarikh luput adakah dibenarkan atau dikenakan wang tambahan?
haa saya pun nak tanya benda sama, tolong jawab encik tuan punya blog ..
tambah nilai selepas tarikh tamat tidak dikenakan caj tambahan...penambahan nilai boleh dilakukan 7 hari sebelum atau selepas..tiada masalah.
hai nak tye, saya dah lama buat kad rapidpass pelajar ni sejak saya berada di sem 2 (2011) tp saya dah lama tak guna kad tu. last skali dalam bulan september 2011. so kalau saya nak amek package rm50 utk sebulan tu nak buat macaa mana ye? boleh ke saya reload macam biase? atau kena aktifkan balik EZ tu?
Kena check balik di kaunter pendaftaran di Pasar Seni kerana sudah setahun tidak pakai kad.
hi, sya nak tahu bahawa kalau saya pakai rapidpass pelajar tambah penambahan nilai boleh dibuat dan pada mulanya berapa agaknya nilai yang akan terdapat dalam kad ini
bagaimana saya boleh check amaun dalam rapidpass pelajar saya?
apakah amaun minimum untuk pengaktifan automatik?
Catat Ulasan