Rapidpass Bas RM50 Konsesi

Rapidpass Bas RM50 Konsesi :- (Semua bas RapidKL : UTAMA + BANDAR + TEMPATAN)


Untuk penggunaan tanpa had dalam masa 30 hari, Rapidpass Bas Konsesi ini berharga RM50.

~Laluan bas Tempatan yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF T. Contohnya T624 (Lrt Kelana Jaya - Stadium MBPJ)

~Laluan bas Bandar yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF B. Contohnya B114 (Titiwangsa - KLCC - Maluri)

~Laluan bas Utama yang dimaksudkan adalah apabila bas tersebut memaparkan arah laluan dengan dimulakan dengan HURUF U. Contohnya U4 (Bangkok Bank - Desa Aman Puri)

Perbezaan antara Rapidpass RM100 Bas dengan Rapidpass RM50 Konsesi :

~Rapidpass RM50 Konsesi ini adalah khas untuk 3 golongan iaitu golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan juga pelajar sekolah - sekolah kerajaan sahaja.

Syarat-syarat untuk mendapatkan Rapidpass RM50 Konsesi :

~Warga emas hendaklah mempunyai kad warga emas yang dikeluarkan oleh pihak RapidKL.
~Golongan kurang upaya (OKU) hendaklah mempunyai kad oku mereka yang dikeluarkan oleh pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
~Pelajar-pelajar sekolah hendaklah mempunyai kad pelajar (name tag) yang mewakili sekolah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.